Skip to main content

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut:



Kredit imej buku teks

Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas?

Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas?

Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok.

Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang?

Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk.


Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk?
Jawapan-------------

 

Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding. 

Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang.

Kaji objek berikut:


kredit imej

Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang?
Jawapan-------------



kredit imej


Bagaimana pula dengan jenis tingkap seperti dalam gambar di atas?

Dapatkah cermin kaca itu menghasilkan bayang-bayang seperti yang ditunjukkan menggunakan model pokok tadi?

 

Kaji tayangan video berikut untuk menjawab persoalan di atas.


Cikgu telah menggunakan tiga jenis bahan dan menghasilkan tiga pemerhatian-

 

Bahan pertama ialah kertas. Bayang-bayang yang terhasil adalah sangat jelas.


 

Bahan kedua ialah kertas minyak. Bayang-bayang terhasil adalah kurang jelas berbanding bayang-bayang kertas.


Bahan ketiga ialah plastik pembalut buku. Tidak ada bayang-bayang yang terbentuk
 

 

----------------------------------------
 Objek yang legap dan lut cahaya dapat membentuk bayang-bayang.

Objek yang lutsinar tidak dapat membentuk bayang-bayang.

Comments

Popular posts from this blog

Prinsip Mesin Ringkas

Satah condong kredit imej Sekeping papan yang disendengkan. Boleh menghubung antara ketinggian berlainan. Skru kredit imej Terdiri daripada bebenang, iaitu satah condong berlingkar. Untuk mencantum kepingan objek. Tuas kredit imej Terdapat satu titik yang dipanggil fulkrum, yang membolehkan jongketan.  Baji kredit imej Terdiri daripada dua satah condong, membentuk hujung yang runcing. Boleh memotong. Roda dan gandar kredit imej Gandar ialah palang. Palang ini bekerja dalam corak pusingan. Gear kredit imej Terdiri daripada dua atau lebih roda bergerigi. Satu roda bergerigi memindahkan pusingan ke roda bergerigi yang lain. Takal kredit imej Terdiri daripada roda beralur dan tali untuk menarik. kredit imej Pada alur ini disangkutkan tali. Boleh memindahkan objek dari ketingian berbeza.

Penggunaan Sumber Tenaga Tidak Boleh DIbaharui Secara Berhemah

Menaakul kepentingan penggunaan secara berhemah untuk sumber tenaga tidak boleh dibaharui. Kaji situasi berikut:   kredit imej Anda menerima duit belanja persekolahan pada waktu pagi sebagai belanja sekolah sesi pagi dan sesi petang.  Adakah anda akan habiskan semua duit itu untuk belanja sesi pagi? Bagaimanakah anda sepatutnya belanjakan wang itu? Apakah yang akan terjadi jika semua wang dibelanjakan pada sesi pagi persekolahan?  *******  Jika murid-murid bersekolah pada sesi pagi dan petang, dan menerima wang belanja pada awal pagi, sepatutnyalah wang itu tidak habis dibelanjakan pada sesi pagi persekolahan. Wang itu boleh dibelanjakan sebahagian untuk sesi persekolahan pagi, kemudian dibelanjakan selebihnya semasa sesi petang persekolahan. Jika wang belanja dihabiskan pada sesi pagi persekolahan, kamu sudah tiada wang lebih untuk dibelanjakan pada sesi petang persekolahan. Contohnya, kamu tidak dapat membeli makanan pada waktu petang dan terpaksa berlapar