Skip to main content

Bentuk Tenaga

Aktiviti permulaan (mencungkil pengetahuan sedia ada)

Bolehkah murid-murid kenal pasti bentuk tenaga berikut? Padankan.

Tenaga elektrik

Tenaga cahaya

Tenaga kinetik

Tenaga haba

Tenaga keupayaan

Tenaga bunyi

Tenaga biojisim

Tenaga kimia

 

1. ____________________________ - membolehkan aktiviti melihat.

 

2. ____________________________ - terhasil daripada getaran.

 

3. ___________________________ - tenaga yang berasa panas.

 

4. _________________________ - terdapat dalam bateri, makanan dan bahan kimia seperti lilin.

 

5. ___________________________ - penggunaan tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan haba, contohnya membakar kayu untuk memasak semasa berkhemah dalam hutan.

 

6. __________________________ - tenaga yang dipunyai oleh suatu objek kesan daripada pergerakannya.

7. _____________________________ - terdapat dalam objek di tempat tinggi (seperti air terjun) dan objek yang boleh diregangkan (seperti gelang getah.)

8. ____________________________- mengalir dalam litar lengkap, dan membolehkan penggunaan peralatan elektrik.


 
Tontonlah tayangan berikut untuk mengkaji jawapan murid-murid:



terima kasih Cikgu Zoul

 Semak jawapan murid-murid:

1. Tenaga cahaya - membolehkan aktiviti melihat.

2. Tenaga bunyi - terhasil daripada objek yang bergetar.

3. Tenaga haba - tenaga yang berasa panas.

4. Tenaga kimia - tersimpan dalam bateri, makanan, bahan api fosil dan biojisim (tumbuhan dan haiwan).

5. Tenaga biojisim - penggunaan tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan haba, contohnya membakar kayu untuk memasak semasa berkhemah dalam hutan.

6. Tenaga kinetik - tenaga yang dipunyai oleh suatu objek kesan daripada pergerakannya.

7. Tenaga keupayaan - terdapat dalam objek di tempat tinggi (seperti air terjun) dan objek yang boleh diregangkan dan dimampatkan (seperti spring.)

 8. Tenaga elektrik- mengalir dalam litar lengkap, dan membolehkan penggunaan peralatan elektrik.

Comments

Popular posts from this blog

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Untuk membuat kerja,objek memerlukan sumber tenaga. Kaji gambar berikut: kredit imej Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh sebuah jam? Jawapan- jarumbergerak untuk menunjukkan waktu. Apakah yang diperlukan oleh jam untuk membuat kerja itu? Jawapan- bateri/ sel kering. Kalau tiada bateri, bolehkah jarum jam bergerak untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Kalau bateri digantikan dengan makanan, bolehkah jam melakukan kerja menggerakkan jarum untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Berdasarkan soalan-soalan di atas, bateri ialah sumber tenaga bagi jam. (Bateri membekalkan tenaga untuk jam membuat kerjanya/ berfungsi). Apakah sumber tenaga bagi kerja yang dijalankan oleh objek-objek berikut? Fahami kerja yang dilakukannya dan lengkapkan sumber tenaga yang diperlukan untuk membuat kerja itu. Objek Kerja Sumber tenaga Kapal layar Bergerak di permukaan laut Angin Kenderaan Bergerak ke ...

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan-----------...