Skip to main content

Penggunaan Sumber Tenaga Tidak Boleh DIbaharui Secara Berhemah

Menaakul kepentingan penggunaan secara berhemah untuk sumber tenaga tidak boleh dibaharui.

Kaji situasi berikut:

 

kredit imej

Anda menerima duit belanja persekolahan pada waktu pagi sebagai belanja sekolah sesi pagi dan sesi petang. 

Adakah anda akan habiskan semua duit itu untuk belanja sesi pagi?

Bagaimanakah anda sepatutnya belanjakan wang itu?

Apakah yang akan terjadi jika semua wang dibelanjakan pada sesi pagi persekolahan?

 *******

 Jika murid-murid bersekolah pada sesi pagi dan petang, dan menerima wang belanja pada awal pagi, sepatutnyalah wang itu tidak habis dibelanjakan pada sesi pagi persekolahan.

Wang itu boleh dibelanjakan sebahagian untuk sesi persekolahan pagi, kemudian dibelanjakan selebihnya semasa sesi petang persekolahan.

Jika wang belanja dihabiskan pada sesi pagi persekolahan, kamu sudah tiada wang lebih untuk dibelanjakan pada sesi petang persekolahan. Contohnya, kamu tidak dapat membeli makanan pada waktu petang dan terpaksa berlapar sehinggalah pulang ke rumah. Ataupun jika kamu terlalu dahaga, kamu tidak dapat membeli apa-apa minuman.

Jika kamu pandai membahagikan perbelanjaan, kamu tidak semestinya perlu membelanjakan kesemua wang itu, malah boleh menabung sejumlah kecil darinya!

 

*****

Apakah kaitan situasi di atas dengan penggunaan berhemah bagi sumber tenaga tidak boleh dibaharui? 

Untuk memasak, kita menggunakan gas memasak iaitu bahan api fosil.

Untukmenggerakkan kenderaan, kita juga menggunakan minyak petroleum dan diesel. Kedua-duanya adalah bahan api fosil.

Tenaga elektrik di negara kita adalah dijana juga daripada bahan api fosil, iaitu sumber tenaga tidak boleh dibaharui. 

Sumber tenaga tidak boleh dibaharui adalah sukar didapati. Contohnya petroleum mesti dicari dari dasar laut, arang batu pula mesti digali di kawasan gunung. Seperti wang belanja tadi, bahan ini perlu dijimatkan, dan perlu digunakan mengikut keperluan. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa tujuan sehingga berlaku pembaziran.

Tontonlah video pembelajaran berikut:




Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana supaya:

*Sumber tenaga tidak boleh dibaharui tidak cepat habis.

*Menjimatkan kos (wang) penjanaan tenaga elektrik.

*Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.

*Mengurangkan pencemaran alam sekitar.



********

Pengetahuan Tambahan

Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:

*Gunakan peralatan elektrik dengan pengawasan. Jika kita terleka, pembaziran mungkin berlaku. Pengawasan dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

*Gunakan peralatan yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga. Apabila tenaga elektrik dapat dijimatkan, kuranglah bahan api fosil yang diperlukan untuk menjana tenaga elektrik. Gambar berikut menunjukkan contoh teknologi penjimatan tenaga dalam komputer dan peralatan elektrik. Cuba tengok di rumah kamu, adakah terdapat peralatan elektrik yang mempunyai logo seperti di bawah.

*Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan yang boleh mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan seterusnya mengurangkan jumlah petroleum yang diperlukan.


*Kitar semula bahan yang terbuang. 


*Meneroka penggunaan sumber tenaga boleh dibaharui menggantikan sumber tenaga tidak boleh dibaharui. Contoh: menggunakan panel solar untuk memanaskan air dan menyalakan lampu di rumah.

*Meneroka bahan api kenderaan berasaskan biojisim untuk menggantikan penggunaan petroleum dan diesel. Terdapat kajian untuk menggunakan minyak kelapa sawit untuk menggantikan penggunaan petroleum.

*Pastikan anda membuat perjalanan yang mempunyai tujuan, bukan sekadar berisar-siar membuang masa dengan kenderaan anda. Ini dapat menjimatkan/ mengurangkan penggunaan petroleum.

*Meneroka penggunaan bateri solar untuk menggerakkan kenderaan. Oleh itu, penggunaan petroleum dapat dijimatkan.


Comments

Popular posts from this blog

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Untuk membuat kerja,objek memerlukan sumber tenaga. Kaji gambar berikut: kredit imej Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh sebuah jam? Jawapan- jarumbergerak untuk menunjukkan waktu. Apakah yang diperlukan oleh jam untuk membuat kerja itu? Jawapan- bateri/ sel kering. Kalau tiada bateri, bolehkah jarum jam bergerak untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Kalau bateri digantikan dengan makanan, bolehkah jam melakukan kerja menggerakkan jarum untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Berdasarkan soalan-soalan di atas, bateri ialah sumber tenaga bagi jam. (Bateri membekalkan tenaga untuk jam membuat kerjanya/ berfungsi). Apakah sumber tenaga bagi kerja yang dijalankan oleh objek-objek berikut? Fahami kerja yang dilakukannya dan lengkapkan sumber tenaga yang diperlukan untuk membuat kerja itu. Objek Kerja Sumber tenaga Kapal layar Bergerak di permukaan laut Angin Kenderaan Bergerak ke ...

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan-----------...