Skip to main content

Prinsip Mesin Ringkas

Satah condong

Sekeping papan yang disendengkan.
Boleh menghubung antara ketinggian berlainan.


Skru
Terdiri daripada bebenang, iaitu satah condong berlingkar.
Untuk mencantum kepingan objek.

Tuas
Terdapat satu titik yang dipanggil fulkrum, yang membolehkan jongketan. 


Baji




Terdiri daripada dua satah condong, membentuk hujung yang runcing.
Boleh memotong.

Roda dan gandar


Gandar ialah palang.
Palang ini bekerja dalam corak pusingan.


Gear


Terdiri daripada dua atau lebih roda bergerigi.
Satu roda bergerigi memindahkan pusingan ke roda bergerigi yang lain.


Takal

Terdiri daripada roda beralur dan tali untuk menarik.
kredit imej

Pada alur ini disangkutkan tali.
Boleh memindahkan objek dari ketingian berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Perubahan Bentuk Tenaga

Kaji animasi berikut: kredit imej Apakah alat yang digunakan di atas? Bagaimanakah objek ini berfungsi? Bagaimana murid-murid tahu objek ini berfungsi? ********** Mentol di atas dipasang kepada sumber elektrik. Apabila hendak digunakan, suis ditekan supaya arus elektrik boleh memasuki mentol. Jika mentol berfungsi, ia akan menyala. Daripada aktiviti ini, perubahan bentuk tenaga yang dapat diperhatikan melibatkan: * Tenaga elektrik ialah bentuk tenaga yang diperlukan oleh mentol untuk menyala. * Tenaga cahaya ialah bentuk tenaga yang terhasil pada mentol. Kaji klip berikut: kredit imej Apakah alat yang digunakan di atas? Bagaimanakah alat ini berfungsi? Bagaimana murid-murid tahu alat ini berfungsi? ********** Alat di atas ialah ketuhar, suatu alat untuk memasak. Untuk memasak dengan ketuhar, ketuhar perlu dipasangkan kepada sumber elektrik. Ketuhar yang berfungsi mestilah panas selepas disambung kepada sumber elektrik. Daripada aktiviti ini...

Bentuk Tenaga

Aktiviti permulaan (mencungkil pengetahuan sedia ada) Bolehkah murid-murid kenal pasti bentuk tenaga berikut? Padankan. Tenaga elektrik Tenaga cahaya Tenaga kinetik Tenaga haba Tenaga keupayaan Tenaga bunyi Tenaga biojisim Tenaga kimia   1. ____________________________ - membolehkan aktiviti melihat.   2. ____________________________ - terhasil daripada getaran.   3. ___________________________ - tenaga yang berasa panas.   4. _________________________ - terdapat dalam bateri, makanan dan bahan kimia seperti lilin.   5. ___________________________ - penggunaan tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan haba, contohnya membakar kayu untuk memasak semasa berkhemah dalam hutan.   6. __________________________ - tenaga yang dipunyai oleh suatu objek kesan daripada pergerakannya. 7. _____________________________ - terdapat dalam objek di tempat tinggi (seperti ...