Skip to main content

Perubahan Bentuk Tenaga

Kaji animasi berikut:


kredit imej

Apakah alat yang digunakan di atas?

Bagaimanakah objek ini berfungsi?

Bagaimana murid-murid tahu objek ini berfungsi?


**********

Mentol di atas dipasang kepada sumber elektrik. Apabila hendak digunakan, suis ditekan supaya arus elektrik boleh memasuki mentol. Jika mentol berfungsi, ia akan menyala.

Daripada aktiviti ini, perubahan bentuk tenaga yang dapat diperhatikan melibatkan:

* Tenaga elektrik ialah bentuk tenaga yang diperlukan oleh mentol untuk menyala.

* Tenaga cahaya ialah bentuk tenaga yang terhasil pada mentol.


Kaji klip berikut:


kredit imej

Apakah alat yang digunakan di atas?

Bagaimanakah alat ini berfungsi?

Bagaimana murid-murid tahu alat ini berfungsi?


**********

Alat di atas ialah ketuhar, suatu alat untuk memasak. Untuk memasak dengan ketuhar, ketuhar perlu dipasangkan kepada sumber elektrik. Ketuhar yang berfungsi mestilah panas selepas disambung kepada sumber elektrik.


Daripada aktiviti ini, perubahan bentuk tenaga yang dapat diperhatikan ialah:

* Tenaga elektrik ialah bentuk tenaga yang diperlukan oleh ketuhar untuk panas.

* Tenaga haba ialah bentuk tenaga yang terhasil dalam ketuhar.


Kaji klip berikut:


kredit imej

Apakah alat yang digunakan di atas?

Bagaimanakah alat ini berfungsi?

Bagaimana murid-murid tahu alat ini berfungsi?

*********

Kereta mainan dalam tayangan di atas boleh bergerak. Kereta mainan dipasangkan dengan bateri untuk menggerakkannya. Kereta mainan yang telah dipasangkan bateri hendaklah ditekan suisnya untuk memasukkan arus elektrik. Apabila ditekan suis (on), barulah kereta mainan dapat bergerak.

Oleh itu, perubahan bentuk tenaga yang terlibat adalah seperti berikut:

* Tenaga kimia daripada bateri.

* Tenaga elektrik ialah bentuk tenaga untuk menggerakkan kereta mainan.

* Tenaga kinetik ialah bentuk tenaga apabila suatu objek bergerak.


Tontonlah video pembelajaran berikut:




Tenaga berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.
Perubahan bentuk tenaga ini dinyatakan dengan menulis anak panah
Gunakan  tanda tambah + jika ada bentuk tenaga tambahan.

Bacaan lanjut dan latihan dalam buku teks muka surat 74 - 77.

Fikirkan:

(1) apakah bentuk tenaga yang diperlukan sebagai sumber tenaga untuk menggunakan suatu alat.

(2) apakah tujuan menggunakan sesuatu alat itu yang dapat menghasilkan bentuk tenaga yang dikehendaki.


Cuba latihan berikut dan semak jawapan:

1. Tuliskan perubahan bentuk tenaga semasa menggunakan pengisar makanan.

2. Tuliskan perubahan bentuk tenaga yang terlibat semasa anda menonton televisyen.

3. Tuliskan perubahan bentuk tenaga yang mungkin semasa  memasak makanan di atas dapur gas.


**************
















Comments

Popular posts from this blog

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Untuk membuat kerja,objek memerlukan sumber tenaga. Kaji gambar berikut: kredit imej Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh sebuah jam? Jawapan- jarumbergerak untuk menunjukkan waktu. Apakah yang diperlukan oleh jam untuk membuat kerja itu? Jawapan- bateri/ sel kering. Kalau tiada bateri, bolehkah jarum jam bergerak untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Kalau bateri digantikan dengan makanan, bolehkah jam melakukan kerja menggerakkan jarum untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Berdasarkan soalan-soalan di atas, bateri ialah sumber tenaga bagi jam. (Bateri membekalkan tenaga untuk jam membuat kerjanya/ berfungsi). Apakah sumber tenaga bagi kerja yang dijalankan oleh objek-objek berikut? Fahami kerja yang dilakukannya dan lengkapkan sumber tenaga yang diperlukan untuk membuat kerja itu. Objek Kerja Sumber tenaga Kapal layar Bergerak di permukaan laut Angin Kenderaan Bergerak ke ...

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan-----------...