Skip to main content

Kegunaan Prinsip Pantulan Cahaya

Bagaimanakah cahaya yang boleh dipantulkan dapat membantu manusia dalm kehidupan sehari-harinya?

Kaji contoh-contoh berikut.

kredit imej
Doktor gigi menggunakan cermin pergigian untuk melihat bahagian dalam mulut. Cahaya dipantulkan daripada gigi kepada cermin, kemudian ke mata doktor.



kredit imej
Cermin sisi kenderaan dan cermin pandang belakang kenderaan membantu pemandu melihat objek di belakang kenderaan tanpa perlu menoleh ke belakang. Cahaya dipantulkan daripada objek di belakang ke dalam cermin sisi kemudian dipantulkan ke mata pemandu.


kredit imej'
Periskop membantu pelayar dalam kapal selam untuk melihat objek di permukaan laut daripada bawah permukaan laut. cahaya dipantulkan daripada objek di permukaan laut kepada cermin di bahagian atas, kemudian dipantulkan ke cermin di bahagian bawah periskop kemudian dipantulkan kepada mata pengguna periskop.

Kaji contoh-contoh lain yang terdapat di persekitaran kamu.


Comments

Popular posts from this blog

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Perubahan Bentuk Tenaga

Kaji animasi berikut: kredit imej Apakah alat yang digunakan di atas? Bagaimanakah objek ini berfungsi? Bagaimana murid-murid tahu objek ini berfungsi? ********** Mentol di atas dipasang kepada sumber elektrik. Apabila hendak digunakan, suis ditekan supaya arus elektrik boleh memasuki mentol. Jika mentol berfungsi, ia akan menyala. Daripada aktiviti ini, perubahan bentuk tenaga yang dapat diperhatikan melibatkan: * Tenaga elektrik ialah bentuk tenaga yang diperlukan oleh mentol untuk menyala. * Tenaga cahaya ialah bentuk tenaga yang terhasil pada mentol. Kaji klip berikut: kredit imej Apakah alat yang digunakan di atas? Bagaimanakah alat ini berfungsi? Bagaimana murid-murid tahu alat ini berfungsi? ********** Alat di atas ialah ketuhar, suatu alat untuk memasak. Untuk memasak dengan ketuhar, ketuhar perlu dipasangkan kepada sumber elektrik. Ketuhar yang berfungsi mestilah panas selepas disambung kepada sumber elektrik. Daripada aktiviti ini...

Bentuk Tenaga

Aktiviti permulaan (mencungkil pengetahuan sedia ada) Bolehkah murid-murid kenal pasti bentuk tenaga berikut? Padankan. Tenaga elektrik Tenaga cahaya Tenaga kinetik Tenaga haba Tenaga keupayaan Tenaga bunyi Tenaga biojisim Tenaga kimia   1. ____________________________ - membolehkan aktiviti melihat.   2. ____________________________ - terhasil daripada getaran.   3. ___________________________ - tenaga yang berasa panas.   4. _________________________ - terdapat dalam bateri, makanan dan bahan kimia seperti lilin.   5. ___________________________ - penggunaan tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan haba, contohnya membakar kayu untuk memasak semasa berkhemah dalam hutan.   6. __________________________ - tenaga yang dipunyai oleh suatu objek kesan daripada pergerakannya. 7. _____________________________ - terdapat dalam objek di tempat tinggi (seperti ...