Skip to main content

Nota PdPc: Graviti

Langkah-langkah pengajaran-

 

Tajuk: Graviti.


Aktiviti 1:
1. Murid menonton klip video daun jatuh daripada pokok dan catatkan pemerhatian. (Cikgu tidak sebutkan ini ialah video daun jatuh ke bawah. Murid kena buat pemerhatian bahawa daun di atas pokok boleh jatuh ke bawah)
 
 
2. Murid menonton klip video pancuran air dan catatkan pemerhatian. (Murid kena buat pemerhatian bahawa air yang terpancur ke atas akan turun semula ke bawah.)
 
 

Langkah 2:
1. Guru berbincang dengan murid bagaimana nak tiru aktiviti dalam tayangan video tadi dalam kelas pula.
2. Guru boleh tanyakan soalan2 yang boleh mengarahkan pemikiran murid untuk cadangkan aktiviti.
Contoh soalan: 
apa barang yang kita boleh guna untuk mengganti daun/ air?
apa kita boleh buat untuk tiru pergerakan daun/ air?


Langkah 3: (jalankan aktiviti yang telah dibincang dengan murid tadi)
1. Murid pegang bola pingpong pada ketinggian bahu, kemudian lepaskan bola pingpong.
2. Catatkan pemerhatian.
3. Murid pegang bola pingpong pada paras pinggang, kemudian lambung bola pingpong.
4. Catatkan pemerhatian.
(Boleh terus rujuk buku teks)
 

Langkah 4: (untuk sahkan yang graviti ni kerjanya membuat tarikan)
1. Murid menjalankan aktiviti menggunakan bola getah dan getah gelang.
2. Murid mengenakan gelang getah kepada bola getah, kemudian masukkan jarinya di antara gelang getah dengan bola.
3. Murid tekan gelamg getah pada bola, dan tarik jarinya perlahan-lahan menjauhi bola.
4. Murid membuat pemerhatian bahawa jari berasa tertarik kepada bola.
 

untuk langkah 4, rujuk video berikut:




Langkah 5:
1. Bincangkan aktiviti dengan bacaan daripada buku teks muka surat 156.
2. Buat nota/ latihan bersesuaian.

 
 
Aktiviti jatuhkan/ campak bola tu memang dah ada dalam buku teks, cuma di sini saya strukturkan aktiviti untuk kurangkan sumbangan idea drpd guru/ buku teks dan arahkan kepada murid supaya beri idea. Jadi kita takdelah lompat terus ke aktiviti yang diaediakan, sebaliknya fikir dahulu apakah kaedah yang boleh dieksperimenkan.

Comments

Popular posts from this blog

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Untuk membuat kerja,objek memerlukan sumber tenaga. Kaji gambar berikut: kredit imej Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh sebuah jam? Jawapan- jarumbergerak untuk menunjukkan waktu. Apakah yang diperlukan oleh jam untuk membuat kerja itu? Jawapan- bateri/ sel kering. Kalau tiada bateri, bolehkah jarum jam bergerak untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Kalau bateri digantikan dengan makanan, bolehkah jam melakukan kerja menggerakkan jarum untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Berdasarkan soalan-soalan di atas, bateri ialah sumber tenaga bagi jam. (Bateri membekalkan tenaga untuk jam membuat kerjanya/ berfungsi). Apakah sumber tenaga bagi kerja yang dijalankan oleh objek-objek berikut? Fahami kerja yang dilakukannya dan lengkapkan sumber tenaga yang diperlukan untuk membuat kerja itu. Objek Kerja Sumber tenaga Kapal layar Bergerak di permukaan laut Angin Kenderaan Bergerak ke ...

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan-----------...