Skip to main content

Pembiasan Cahaya

Kaji klip video berikut:



video asal

Penerangan bergambar:


imej kredit buku teks

Bagaimana nak terangkan apa yang kita nampak dalam klip video di atas?

1. Penglihatan melibatkan pergerakan cahaya.

2. Cahaya dari udara bergerak melalui kaca gelas ke dalam air, kemudian keluar ke udara. Di sini kita katakan cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang lain. Rujuk gambar rajah berikut:

3. Seperti yang kita pernah belajar, cahaya sepatutnya bergerak lurus, tetapi dalam gambar ini apakah corak pergerakan yang kamu nampak?


YA, bengkok/ tidak lurus.

4. Pergerakan cahaya melalui beberapa medium tadi menyebabkan arah pergerakan cahaya terpesong.

5. Berikut ialah tunjuk cara pergerakan cahaya yang terpesong:




Memerhatikan pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian:

Dalam kehidupan harian yang biasa, kita tidak nampak pergerakan cahaya yang membengkok seperti dalam video eksperimen di atas.

Jadi, bagaimanakah kita tahu apa yang kite perhatikan itu adalah pembiasan cahaya?


kredit imej

Ikan-ikan nampak hampir dengan permukaan air, bolehlah kita cuba tangkap.
AWAS!
Pembiasan menyebabkan kamu nampak seolah-olah ikan-ikan itu di bahagian atas kolam dekat dengan permukaan air. (Ingat semula gambar penyedut minuman yang kelihatan lebih tinggi tadi)



kredit imej

Wah,kolam ni ceteklah, bolehlah kita terjun ke dalamnya.
JANGAN!
Kolam ini nampak sahaja cetek, tetapi sebenarnya lebih dalam daripada apa yang kita nampak. Dasar kolam kelihatan lebih tinggi daripada sepatutnya. (Ingat semula gambar penyedut minuman yang kelihatan lebih tinggi tadi)



video asal

Pembiasan dapat menghasilkan imej yang lebih besar.
Apakah kebaikan yang ditunjukkan berdasarkan potongan video di atas?



kredit imej

Hati-hati kalau bermain air yang bertakung!

Kesimpulan:

Cahaya dibiaskan apabila bergerak dari satu medium ke medium yang lain.





Klik kuiz sifat cahaya (buat latihan ini selepas membaca tentang semua sifat cahaya)

Comments

Popular posts from this blog

Tenaga dan Sumbernya

Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja. Untuk membuat kerja,objek memerlukan sumber tenaga. Kaji gambar berikut: kredit imej Apakah kerja yang boleh dilakukan oleh sebuah jam? Jawapan- jarumbergerak untuk menunjukkan waktu. Apakah yang diperlukan oleh jam untuk membuat kerja itu? Jawapan- bateri/ sel kering. Kalau tiada bateri, bolehkah jarum jam bergerak untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Kalau bateri digantikan dengan makanan, bolehkah jam melakukan kerja menggerakkan jarum untuk menunjukkan waktu? Ya/ Tidak Berdasarkan soalan-soalan di atas, bateri ialah sumber tenaga bagi jam. (Bateri membekalkan tenaga untuk jam membuat kerjanya/ berfungsi). Apakah sumber tenaga bagi kerja yang dijalankan oleh objek-objek berikut? Fahami kerja yang dilakukannya dan lengkapkan sumber tenaga yang diperlukan untuk membuat kerja itu. Objek Kerja Sumber tenaga Kapal layar Bergerak di permukaan laut Angin Kenderaan Bergerak ke ...

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan-----------...