Skip to main content

Posts

Prinsip Mesin Ringkas

Satah condong kredit imej Sekeping papan yang disendengkan. Boleh menghubung antara ketinggian berlainan. Skru kredit imej Terdiri daripada bebenang, iaitu satah condong berlingkar. Untuk mencantum kepingan objek. Tuas kredit imej Terdapat satu titik yang dipanggil fulkrum, yang membolehkan jongketan.  Baji kredit imej Terdiri daripada dua satah condong, membentuk hujung yang runcing. Boleh memotong. Roda dan gandar kredit imej Gandar ialah palang. Palang ini bekerja dalam corak pusingan. Gear kredit imej Terdiri daripada dua atau lebih roda bergerigi. Satu roda bergerigi memindahkan pusingan ke roda bergerigi yang lain. Takal kredit imej Terdiri daripada roda beralur dan tali untuk menarik. kredit imej Pada alur ini disangkutkan tali. Boleh memindahkan objek dari ketingian berbeza.

Kegunaan Prinsip Pantulan Cahaya

Bagaimanakah cahaya yang boleh dipantulkan dapat membantu manusia dalm kehidupan sehari-harinya? Kaji contoh-contoh berikut. kredit imej Doktor gigi menggunakan cermin pergigian untuk melihat bahagian dalam mulut. Cahaya dipantulkan daripada gigi kepada cermin, kemudian ke mata doktor. kredit imej Cermin sisi kenderaan dan cermin pandang belakang kenderaan membantu pemandu melihat objek di belakang kenderaan tanpa perlu menoleh ke belakang. Cahaya dipantulkan daripada objek di belakang ke dalam cermin sisi kemudian dipantulkan ke mata pemandu. kredit imej ' Periskop membantu pelayar dalam kapal selam untuk melihat objek di permukaan laut daripada bawah permukaan laut. cahaya dipantulkan daripada objek di permukaan laut kepada cermin di bahagian atas, kemudian dipantulkan ke cermin di bahagian bawah periskop kemudian dipantulkan kepada mata pengguna periskop. Kaji contoh-contoh lain yang terdapat di persekitaran kamu.

Nota PdPc: Graviti

Langkah-langkah pengajaran-   Tajuk: Graviti. Aktiviti 1: 1. Murid menonton klip video daun jatuh daripada pokok dan catatkan pemerhatian. (Cikgu tidak sebutkan ini ialah video daun jatuh ke bawah. Murid kena buat pemerhatian bahawa daun di atas pokok boleh jatuh ke bawah)     2. Murid menonton klip video pancuran air dan catatkan pemerhatian. (Murid kena buat pemerhatian bahawa air yang terpancur ke atas akan turun semula ke bawah.)     Langkah 2: 1. Guru berbincang dengan murid bagaimana nak tiru aktiviti dalam tayangan video tadi dalam kelas pula. 2. Guru boleh tanyakan soalan2 yang boleh mengarahkan pemikiran murid untuk cadangkan aktiviti. Contoh soalan:  apa barang yang kita boleh guna untuk mengganti daun/ air? apa kita boleh buat untuk tiru pergerakan daun/ air? Langkah 3: (jalankan aktiviti yang telah dibincang dengan murid tadi) 1. Murid pegang bola pingpong pada ketinggian bahu, kemudian lepaskan bola pingpong. 2. Catatkan pemerhatian. 3. Murid pegang bola pingpong pada par

Menyiasat saiz dan bentuk bayang-bayang

Kaji klip video berikut: Apakah yang telah dibuat supaya bayang-bayang menjadi lebih besar? Apakah yang telah dibuat supaya bayang-bayang menjadi lebih kecil? Dua aktiviti menunjukkan jenis pemboleh ubah yang mana satu? Apakah pemboleh ubah itu?   Cikgu telah menjauhkan objek daripada skrin , oleh itu kita nampak bayang-bayang cawan lebih besar.    Cikgu telah mendekatkan cawan kepada skrin , oleh itu kita nampak bayang-bayang cawan lebih kecil. Cikgu telah mengawal pemboleh ubah dimanipulasi , iaitu jarak objek daripada skrin.   Tidak salah juga kalau kita katakan cikgu telah mendekatkan cawan kepada sumber cahaya , maka kita nampaklah bayang-bayang cawan itu lebih besar. Apabila cikgu jauhkan cawan daripada sumber cahaya , kita nampak bayang-bayang cawan lebih kecil. Cikgu telah mengawal pemboleh ubah dimanipulasi, iaitu jarak cawan daripada cahaya. Apakah pemboleh ubah yang satu lagi yang ditunjukkan dalam penyiasatan ini? Apakah pemboleh ubah itu? Pemboleh ub

Pembentukan Bayang-bayang

Kaji aktiviti berikut: Kredit imej buku teks Apakah aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid dalam gambar rajah di atas? Apakah hasil yang didapati daripada menjalankan aktiviti di atas? Murid-murid dalam gambar rajah di atas menjalankan aktiviti menyuluh di hadapan model pokok. Hasil daripada aktiviti ini, kita dapat melihat bayang-bayang model pokok terbentuk di dinding, di belakang model pokok. Bolehkah murid-murid nyatakan ciri bayang-bayang? Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bagaimana bayang-bayang boleh terbentuk. Jika tiada model pokok di antara lampu (sumber cahaya) dan dinding (skrin), bolehkah bayang-bayang terbentuk? Jawapan-------------   Cahaya daripada lampu bergerak lurus. model pokok menghalang cahaya daripada sampai ke dinding.  Cahaya yang sedang bergerak tidak boleh menembusi model pokok, oleh itu dapat membentuk bayang-bayang. Kaji objek berikut: kredit imej Bolehkah objek di atas membentuk bayang-bayang? Jawapan------------- kredi

Pembiasan Cahaya

Kaji klip video berikut: video asal Penerangan bergambar: imej kredit buku teks Bagaimana nak terangkan apa yang kita nampak dalam klip video di atas? 1. Penglihatan melibatkan pergerakan cahaya. 2. Cahaya dari udara bergerak melalui kaca gelas ke dalam air, kemudian keluar ke udara. Di sini kita katakan cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang lain. Rujuk gambar rajah berikut: 3. Seperti yang kita pernah belajar, cahaya sepatutnya bergerak lurus, tetapi dalam gambar ini apakah corak pergerakan yang kamu nampak? YA, bengkok/ tidak lurus. 4. Pergerakan cahaya melalui beberapa medium tadi menyebabkan arah pergerakan cahaya terpesong. 5. Berikut ialah tunjuk cara pergerakan cahaya yang terpesong: Memerhatikan pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian: Dalam kehidupan harian yang biasa, kita tidak nampak pergerakan cahaya yang membengkok seperti dalam video eksperimen di atas. Jadi, bagaimanakah kita tahu apa yang kite perhatikan itu adalah pembia

Pantulan Cahaya

Kaji klip video berikut: Dalam klip video di atas, sumber cahaya diarahkan kepada sebuah cermin kecil. cahaya  daripada sumber cahaya menuju ke arah cermin, kemudian alur cahaya kembali ke arah hadapan. pernahkah murid-murid melantunkan bola?  kredit gif Bola yang dibaling ke lantai boleh naik semula/ melantun ke atas. Pergerakan bola yang melantun semula ke atas sama seperti pergerakan cahaya apabila terkena pada permukaan cermin dalam demonstrasi di atas. Kaji gambar rajah berikut: Sinar tuju ialah alur cahaya yang bergerak ke arah/ menuju permukaan cermin. Sinar pantulan ialah alur cahaya daripada cermin selepas dipantulkan.